31 August 2010

CAHAYA MATA KEDUA

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi , isteriku telah selamat melahirkan zuriatku yang kedua tepat jam 11.50 malam tanggal 23 Ogos 2010 bersamaan 13 ramadhan 1431Hijriah. Sepatutnya due 20hb Ogos tetapi terlewat 2-3 hari..

Awal pagi Isnin 23hb Ogos 2010 aku membawa isteri ke Hospital Kota Kinabatangan. Anak sulungku Ahmad Fikruzzahid aku hantar ke rumah pengasuh jam 11 pagi..Isteriku masih tidak merasa sakit sejak dari pagi.

Jam 3 petang isteri dibawa masuk ke level Room tempat bersalin. Start detik itu aku tidak bertemu ngan dia sehingga selamat melahirkan anak kedua.

Jam 5 petang aku bertanya sama misi keadaan isteriku, masih tiada perubahan. Aku balik rumah singgah bazar Ramadhan Kinabatangan beli nasik kerabu Ust. Mat dan berbuka puasa di rumah.

Jam 7 .30 mlm aku solat isyak di Masjid daerah Kinabatangan. Pastu pegi lagi ke wad.Masih tidak ada perubahan. Dan misi bagitau kemungkinan kena hantar Sandakan. Ah sudah..
kelam kabut aku ambik anak aku kat rumah pengasuh.

Bawa balik rumah tidorkan dia dulu.Kemas baju, pakaian dan sumbat dalam kereta BLM Saga aku. Jika terpaksa ke Sandakan malam tu aku dah standby sgt2.

Jam 9.45 malam aku bawa anak ke wad. Alhamdulillah isteri dah ada perubahan dan mulai sakit2 bilang nurse bertugas. Aku ngan Zahid lepak dalam wad 1st Class..bagi dia makan nasik, pastu tidorkan dia kat atas katil satu lagi.

Jam 12.10 pagi, isteriku tepon aku tanya aku di mana.. aku jawab aku di wad. Zahid? aku jawab zahid tidor kat wad jugak..jam 12.35 pagi isteri dan anak keduaku di bawa masuk ke dalam wad.. alhamdulillah..baby pempuan...sepasang sudah anakku.

Seminggu cuti tanpa rekod. Memang agak letih, tapi berbaloi..patut orang tua-tua ada kata: Penat jaga orang dalam pantang..kini aku merasa...dalam bulan Ramdhan lagi. Apapun segla puji bagi Allah yang memberikan aku kekuatan..

16 August 2010

Posting 2010 vs Posting 2005

Alhamdulillah SK. Ldg Bode Kretam menerima 2 orang guru lagi. pagi tadi aku mewakili sekolah untuk menghadiri Taklimat penempatan Guru Kpli ambilan khas Jun 2009 di PKG Kinabatangan.
majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh PPD seterusnya ada taklimat sekolah-sekolah yang terdapat di kinabatangan dan ceramah motivasi oleh Pen. PPD. Segalanya berjalan lancar, ada LCD dan cukup meriah majlisnya.dan akhir sekali upacara penyerahan guru-guru baru kepada Guru Besar atau wakil Guru Besar.

Sekolah Kebangsaan Ladang Bode Kretam menerima 2 orang guru. Tapi yang datang pagi tadi hanya 1 orang. Cewek dari Tamparuli.Opsyen Pemulihan.

Teringat pulak mula baru posting Sabah. Tanggal 5hb januari 2005 sekumpulan guru-guru agama yang kena posting di Lahad Datu, Kunak dan Kinabatangan menaiki pesawat di Kota Kinabalu. Oleh sebab barang terlebih berat, aku kena bayar caj barang RM 15.

dalam pesawat ,hati cukup gementar sebab tak dapat bayang tempat baru yang hendak dituju. Sampai Lahad Datu..taklimat ringkas oleh PPG pada masa itu, En. zainal Abidin Laja. Kemudianm geng guru ke Kinabatangan ke Kinabatangan menaiki bas diiring oleh En. Amdan Assim (PKG pada masa itu) mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dan solat Asar di SM Sains Lahad Datu.

Sampai SMK Bukit Garam 2, guru-guru agama disambut Ustaz Zaidi Mustafa (SMK Bukit Garam) dan berehat serta tidor di asrama SMK Bukit Garam 2. Malam tu makan di Restoren Ustaz Darul..Suasana malam di pekan sedco Kianbatangan pada masa tu berbeza sikit dengan sekarang.

Besoknya tanggal 6 Januari 2005, sekali lagi ada taklimat oleh PPd Kinabatangan (En. Mordin) pulak. Taklimat ringkas di bilik mesyuarat SMK Bukit Garam 2. Kebetulan Guru-guru besar ada mesyuarat di PPd pada masa itu. jadi mana yang ada Guru Besar datang ke tempat penginapan kami akan ikut GB masing-msing ke sekolah.

Yang aku ingat GB SK. Tomanggong datang ambil Ustaz Azrul . Kemudian Ustaz Hairizan tiba-tiba ada bot nk mudik naik ke Desa Permai. Masa tu sungguh sayu sorang-sorang kawan hilang ikut GB masing-masing. yang tinggal yang jauh-jauh termasuk aku.he2

Akhirnya aku masuk jugak ke sekolah setelah beberapa hari termanggu di asrama tu. Jam 4 pagi seorang sahabat hantar aku ke Masjid al-Ghaffar dan dia tinggal aku sorang2 kat situ. Bunyi salakan anjing masa tu amat menakutkan dan kelibat Unser Ustaz Darul datang jam 4 lebih dan pagi tu aku pertama kali jejak kaki ke bandar Sandakan. Setelah semalaman tidor atas kapal, kebesokannya baru bertolak ke Tundun Bohangin. Dan aku merupakan guru ke 2 selepas Guru Besar. Ketiga guru LPBS Maktab Sandakan. 3 ja guru.

Pagi tadi sahabat lama yang jugak GB SK. Tundun Bohangin gembira dan tersenyum lebar sebab 2 orang guru akan masuk ke SK. Tundun Bohangin. Semakin ramai guru di sana mungkin 12 atau 13 orang sudah. Tahniah En. jahrin Nasrin. Teruskan usaha mendidik anak bangsa.

Kepada guru baru yang di hantar ke padalaman, anggaplah ini sebagai titik mula dalam kehidupan. Percayalah, pengalaman mengajar di pedalaman sungguh indah dan amat bermakna sekali serta tak ternilai.

Kepada guru baru ke SK Ladang Bode Kretam, tahniah jugak.selamat timba pengalaman baru. 12.35 tengahari tugas aku selesai..dan memecut BLM Saga aku keluar dari sekolah dan Ladang estet Kretam macam pasukan rally Felda ...

24 May 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Bermula 24hb Mei 2010 hingga 27 hb Mei 2010 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi SK. Ladang Bode Kretam dijalankan.
Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1-6 akan dilaksanakan pada hari terakhir tanggal 27 Mei 2010. Sudahlah hari terakhir, dijalankan pun pada masa paling akhir. harap-harap mood murid menjawab tidak lah yang terakhir.
SELAMAT MENJAWAB ..DAN SELAMAT BERCUTI.

21 May 2010

MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

Lama dah rasanya tak menulis dalam blog. Sibuk kot.. Yang sebenarnya tak da apa pun yang menyibukkan..saja-saja buat sibuk..
Dua tiga hari lepas aku dimintak ganti tempat seorang sahabat untuk menjadi hakim Festival Seni Islam Peringkat Kinabatangan 2010. Aku pun setuju sebab nak cari pengalaman.
Seawal jam 7 aku dah bergegas ke Dewan Sri Lamag untuk melaksanakan tugas. Sesampai sana takdak orang pun lagi.He2.. aku start enjin kereta pergi ke Masjid Baru Kinabatangan yang tersergam indah atas bukit.
Malam ni, kali pertama aku naik solat di masjid ni..Sungguh sejuk hati aku..tenang ja dalam masjid tersebut..Mungkin udara nyaman sebab masjid atas bukit. Macam seolah-olah sembahyang kat Masjid Besar Wilayah Persekutuan Jalan Duta pulak. kalau tidaj pun teringat solat kat Masjid Besar Maran. Takpa 29 Mei ni balik semenanjung.Insya Allah...
Tatkala menjadi hakim segalanya berjalan lancar.. alhamdulillah. Peserta pun tak ramai yang menyertai..Last sekali acara kompang selawat. Aku bahagian lirik lagu. Manakala Ustaz J bahagian Selawat..
Kumpulan pertama sudah mula menampar kompang. 5 minit berlalu paluan kompang masih bergema. Aku tak tau nak isi markah sebab belum ada lagu.. nak isi markah macam mana. Tengok sebelah; Ustaz J menggaru kepala jugak kerana belum ada lagu Selawat di nasyidkan..
Tiba-tiba ketua kumpulan kompang tersebut bersuara "wa billahi taufik wal hidayah wassalam ....." Sangkaan aku baru nak mula..rupanya sudah habis persembahannya.
nah..terketawa aku ngan Ustaz J.
Apa pun tahniah kepada semua pemenang. MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

15 February 2010

"doakan saja aku murah rejeki" kata Apai


Selesai solat Isyak, Cikgu Rahman ajak aku `mengeteh` di kedai mamak Asrinah, Kota Kinabatangan. Aku setuju, lantas segera memecut kelisa bini aku ke tempat yang dijanjikan. Memandangkan kedai mamak Asrinah penuh terpaksa tukar `port`, lalu beralih ke Kedai Mamak Nafilah.

Kedai Mamak Nafilah tidak kurang hebatnya. Ramai jugak pengunjungnya. 24 jam juga dibuka untuk pelanggan setia. Menjadi satu trend masa kini, kedai-kedai mamak di Kota Kinabatangan dilengkapi dengan Free WiFi. Satu kemudahan yang amat baik sekali.

Duduk berborak, aku, Cikgu Rahman dan Ustaz Adhli. Aku menikmati secawan teh tarik. Ustaz Adhli pekena Radix O. Manakala Cikgu Rahman minum Spriluna. Begitulah kalau tidak silap ejaannya.

Perbualan rancak. Yang aku minat cerita Ustaz Adhli, dia dah sampai UK. United Kingdom. Bukan senang nak sampai sana kalau tidak kerana menuntut di al-Azhar. Pengalaman pahit manis mengembara ke tempat orang tentu sesuatu yang amat indah dalam hidup.

Teringat pengalaman aku ketika di Mesir. Tak banyak tempat yang aku berjalan. Paling jauh pun suatu tempat di daerah Aswan. Betul kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Datang Sabah pun sudah banyak pengalaman ditimba.

Alhamdulillah, berkat pernah mengajar di Kampung Tundun Bohangin, aku mengenali orang kampung disitu yang tak lokek dan suka menderma. Suka menolong dan sedekah makanaan dan sebagainya.

Tanggal 26hb Febuari 2010 ni aku akan balik ke semenanjung, nak jenguk beliau yang sudah sebulan lebih selamat menjalani pembedahan di IJN, Kuala Lumpur. Sebagai buah tangan untuk saudara mara, aku tempah udang galah dari Apai budak Kg. Tundun Bohangin.

Aku nak beli RM 100. Tapi dia jawab..” indak payah kau susah2 bah, doakan saja aku murah rejeki..” . Terima kasih Apai, aku bagi jugak untuk habuan minyak kau itu bah...

25 January 2010

Ayah Selamat Di Bedah Di IJN, KL.

Alhamdulillah tanggal 13hb januari 2010, ayah saya selamat di bedah (major surgery) di Institut Jantung Negara. Asalnya jadual pembedahan pada 15hb januari, tetapi pakar bedah telah mengawalkan jadual bedah kerana ayah saya dalam keadaan sihat dan bersedia untuk di bedah,

Saya sempat balik pada 13hb januari dengan menaiki Flight AK 5163 pada 8.25 malam. Jadi tak sempatlah nak jumpa my father sebelum dibedah. Dia dibedah pada jam 12.00 tengahari dan selesai sekitar jam 5.00 petang.

Oleh kerana ayah saya dimasukkan dalam ICU, maka saya hanya dapat berjumpa dengannya pada 16hb Januari 2010 jam 6.00 petang. Alhamdulillah ayah sehat dan sedar.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan rahmat pertolongannya, berkat doa dan usaha gigih pihak IJN, ayah saya selamat, dan beransur sehat insya Allah. Sekarang dia sudah berada di Pahang.

Sekalung ucapan tahniah pada staff IJN semua karana tungkus lumus anda. Terima kasih pada saudara mara yang datang dari jauh dan dekat. Kenangan tak dapat di lupakan sesat cari stesen bas Jalan Duta masa nak hantar Tok Melah dan Pak Ngah Saidin nak balik ke Kedah..