13 September 2013

Pengalaman Temuduga HLP 2014

          Alhamdulillah, aku dapat temuduga untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2014 tanggal 2hb. September 2013 bertempat di JPN Sabah, Rumah Persekutuan Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu. Aku telah menempah tiket kapal terbang lebih awal kerana tidak sanggup nak drive Kota Kinabatangan- Kota Kinabalu seorang diri.

         Temuduga berlangsung jam 8.30 pagi dan giliran aku adalah yang ketiga. Ramai juga alangan sahabat dari bidang pengajian Islam mendapat temuduga hari ini. Antaranya bidang al-Quran Tarannum dan Syariah. Aku seorang saja Usuluddin.

        Sesi temuduga banyak berkisar tentang proposal yang dicadangkan. Perbualan Bahasa Inggeris juga turut aku terima memandang ada markah kata penemuduga. Semoga aku berjaya mendapat HLP ini untuk menyucikan balik otak aku yang dah lama berkarat.  Moga ilmu yang ditimba dalam bidang yang aku pohon (MA Usuluddin) jika ada rezeki dapat bermanfaat pada diri aku sendiri dan orang lain.

       "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam" itulah kata-kata terakhir penemuduga sebelum aku melangkah keluar dari bilik temuduga. Semoga Allah memperkenankan permohonan aku ini. Amiin..

09 March 2013

Moga Kembali Aman : Lahad Datu

Dekat sebulan dah berlaku pencerobohan di Kg. Tanduo Lahad Datu. Menurut laporan PDRM dan ATM yang aku tengok di tv, masih terdapat lagi saki baki penceroboh dikawasan tersebut. Namun perasaan buat masa sekarang agak tenang berbanding hari Jumaat 1 dan 2 Mac 2013 yang lalu apabila terdapat kematian di kalangan anggota keselamatan.
Suasana di kawasan aku tinggal ni pun agak tenang dan terkawal. Pada hari kejadian pertumpahan darah yang lalu suasana Kinabatangan agak `suram` sedikit. Ditambah lagi banyak khabar kurang enak untuk didengar. Namun langkah-langkah keselamatan seperti mengunci pintu grill rumah tetap aku buat. Siapa yang tidak bimbang.
Keluarga di Semenanjung ada telefon bertanya khabar. Dalam situasi begini jawapan tunggu dan lihat sahaja mampu aku katakan. Mohon doa sahaja agar segala berita yang tersebar di internet hanyalah khabar angin. Walaupun kadang-kadang rasa kecut perut juga. Dalam telefon aku masih lagi ketawa-ketawa supaya keluarga di seberang Laut China Selatan tidak risau.
Sekolah pun diarahkan pulang lebih awal daripada kebiasaan. Terganggu sedikit jadual Solat Zuhur secara berjemaah dan Kelas Tasmi`. Tapi sudah itu arahan, aku turutkan saja. Takut juga jadi apa-apa perkara yang tidak didingini berlaku. Maklumlah sekolah dikelilingi pohon-pohon sawit.
Kalangan rakan sejawat pun tiada lagi isu yang asyik dibincangkan, melainkan tragedi Lahad Datu. Pelbagai spekulasi timbul dan bermacam-macam khabar angin yang tidak seronok dibualkan. Bagi aku hanya kepada Allah tempat kita berserah. Nak buat muka cuak sangat pun susah jugak.
Ramai sahabat-sahabat cikgu-cikgi di kawasan terlibat sekitar Lahad Datu bercuti sekolah kerana ditutup. Di Kinabatangan pun terdapat kalangan guru yang ulang ke semenanjung khuatir berlaku apa-apa. Bagi aku itu suatu pilihan ikut gerak keyakinan hati didasari pengalaman-pengalaman lalu. Aku memilih mengikut ramai rakan yang tidak pulang. Yakin dengan Maha Gagah dan Maha Mengetahui Allah atas segala sesuatu. Kawasan Taman Sri Budiman Bt 8, boleh dikatakan semua tidak `lari`, He2. Mungkin ada hikmah juga. Kita kagum dengan kepahlawanan Khalid al-Walid dan Salehuddin al-Ayyubi berjihad di jalan Allah. Tapi `gertak` macam ni kita dah boleh jadi lemah dan lemas. Kuatkanlahdan tambahkanlah iman kami Ya Allah.
Hari Jumaat 8 Mac 2013, hari ulangtahun Pilihanraya Umum Ke-12. Aku teringat juga kisah lama 5 tahun lalu. aku tak balik mengundi. Baru kawin 3 bulan berjauhan dengan isteri. Jaga sekolah di Kg. Kg Tundun Bohangin Kinabatangan. Orang ramai datang mengundi Dun Sukau Parlimen Kinabatangan. Jam 11 pagi bertolak ikut bot yang nak balik ke Sandakan. Bot tu rosak di perairan kuala Kg. Mumiang. 2 jam dalam bot. Sesat pulak botman bawak lepas tu. Sampai Sandaka...n jam 4, aku naik Bas Labuk ke Chek Point Bt. 32. Sampai simpang Bt. 18 tayar bas pancit. Lama juga tunggu dibaiki. Sampai Chek Point dah gelap. Tunggu kawan datang dari Bukit Garam ambil. Sampai Lot M, tayar kereta pancit. Aku tolong tukar tayar. Berjalan tak sampai 2 km, pancit lagi 1 tayar. Tidak ada sudah tayar spare. Datang kawan lain ambik kami. Sampai rumah dekat jam 10 malam. Malam tu BN hilang 5 negeri.
Hari Jumaat 8 Mac 2013, aku ke Sandakan. Bersolat Jumaat di Masjid Jamek Hasbollah at-Tahiri atas bukit tengah bandar Sandakan. Suasana Sandakan masih tenang dan sesak walau banyak berita khabar angin tersebar. Selepas Solat Jumaat, Imam memimpin Solat Hajat untuk keselamatan Sabah amnya dan Lahad Datu khususnya. Terharu juga Imam menangis semasa membaca doa. Moga doa yang di amiinkan dimakbulkan oleh Allah Taala.
Hari ni berita 53 penceroboh telah di bunuh. Semoga Kinabatangan, Sabah kembali aman. Teringat borak dengan rakan.
Aku : Aku  malam-malam bukak lampu. Bagi cerah sikit rumah. Orang nampak kalau da apa-apa.
Kawan : Yaka. Bukan disuruh tutup lampu. Saya tutup lampu supaya orang tidak tahu ada penghuni dirumah. Nanti diminta makanan.
Aku : Ya ka.Nah terbalik sudah kita ini. He2
Harap segalanya akan berakhir. Untuk anggota keselamatan yang gugur di Lahad Datu dan Semporna ..al-Fatihah. Semoga kalian bersam golongan syuhada` dan solihin.