24 May 2015

"Dari Underdog Ke Juara" Ping Pong Cameron Highlands 2015



Tanggal 23 Mei 2015, Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highalnds telah mengadakan Pertandingan Ping Pong Tertutup Sempena Sambutan hari Guru 2015 bertempat di Dewan Besar SMK Sultan Ahmad Shah Tanah Rata.

Aku telah mendaftarkan diri terlebih awal. Pada mulanya malas juga nak masuk. Yuran penyertaan sebanyak RM 10 sahaja.

Pada pagi Sabtu aku pun pergi ke Dewan SMKSAS. Peserta seramai 16 orang akan berentap. Aku bukan faham sangat tentang jadual perlawanan. Yang aku faham semasa pertandingan single aku kalah perlawanan pertama menentang Cikgu Fauzi PKG dengan kekalahan 3-0 (Perlawanan boleh sampai hingga 5 kali) Seterusnya aku telah masuk ke group yang kalah.



Dalam group kalah aku lawan pula dengan Cikgu dari SK Lemoi. Kalah juga 3-0. Lalu aku pun berehat panjang sementara menunggu perlawanan double.

Cabutan undian Group Double menyaksikan aku bergandingan dengan Tn. Norazman PPD. Perlawanan pertama menyaksikan kekalahan menentang beregu Wan Syafik Lemoi dan Tn. Ghazali PPD. Sekali lagi aku turun ke group yang kalah.

Perlawanan kedua kami bertemu dengan beregu En. Di dan Syafik SK Lemoi. Kami menang dengan 3-1. Seterusnya beregu aku dan Tn Norazman PPD berjaya mengalahkan beregu Wan Syafik dan Tn Ghazali PPD. Tadi depa menang sekarang sepa kalah pulak.

Mara seterusnya kami berjaya pula menewaskan beregu Cikgu Humaizi SMK SAS dan Cikgu Leman SK Menson. Perlawanan sangat sengit sehingga kami menang 3-1. Yang terakhir beregu aku berjaya mengalahkan beregu Fauzi SMK SAS dan Cikgu Fauzi PKG dalam perlawanan yang macam Final gayanya. Kami main hingga 5 kali dan menang dengan 3-2.

Akhirnya perlawanan akhir menyaksikan beregu aku dan Tn Norazman PPD menentang Cikgu Hayazi dan Cikgu Hussin keduanya dari SMK SAS. Kami tewas teruk dengan kekalahan 3-0. Apapun aku bersyukur kerana berjaya mendapat Naib Johan PingPong Hari Guru 2015.


                                     Gambar atas: Sebelum perlawanan akhir berlangsung

Tiga kekalahan awal rupanya tidak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang. Terima kasih Tn Norazman kerana banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar sepanjang pertandingan. Kepada rakan-rakan yang kalah boleh cuba lagi tahun hadapan. "Dari Underdog Ke Juara"

        Gambar bawah: Juara dan Naib Juara PingPong Hari Guru PPD Cameron Highlands 2015

Juara Dan Naib Juara Ping Pong Single 2015