Kulambak ialah nama lain bagi Kg. Tundun Bohangin, Kinabatangan. Kampung ini terletak di Kuala Kinabatangan. Dulu penulis bertugas di sana.
07 October 2009
DESTINASI KE-3: SK. LDG BODE KRETAM
Lama sudah saya tidak menulis di ruangan blog saya cipta sendiri ni. Sudah 3 buah sekolah saya berkhidmat di daerah Kinabatangan, Sabah ni. Saya mula melapor diri di SK. Ldg Bode Kretam pada 18 Ogos 2009. Alhamdulillah saya semakin dekat dengan keluarga tercinta. Sekarang dah terbalik. Isteri pulak yang jauh dan saya pulak yang dekat. Sekolah baru sekarang ni terletak dalam ladang estet Bode Kretam. Lebih kurang 7-8 Km saja dari rumah sewa saya di Taman Sri Budiman (Hj. Ayob).
SK. Ldg Bode Kretam ni mempunyai 14 orang guru, 1 kerani dan 59 orang murid. Sekolah yang terletak di atas bukit ini dahulunya ramai murid tapi sekarang tinggal sedikit mungkin kerana faktor `pemutihan` kot. Dari maklumat yang saya dapat sekolah ini masih lagi dalam kategori A walaupun muridnya 59 orang saja. Labih ramai lagi murid di sekolah lama saya SK. Tundun Bohangin iaitu sekitar 70-80 orang.
Persekitaran sekolah amat baik dan kondusif. Ada pekerja yang bertugas membersihkan kawasan sekolah. Murid hanya bagi tumpuan kebersihan dalam kelas saja. Disiplin murid jugak agak terkawal dan boleh dikatakan tiada masalah disiplin setiap hari.Sekolah ini jugak mempunyai tenaga elektrik yang diambil dari enjin kilang ladang. Kira ada kipas jugak la dalam bilik guru dan kelas-kelas. Tapi saya dah biasa dengan sekolah tiada kipas di SK. Tundun Bohangin. Dan biasa jugak rasa aircond dalam bili guru di SK. Sukau.
SK. Ldg Bode Kretam buka 6 kelas. Setiap kelas purata 9 murid la. Sekarang agak penat sedikit kerana terpaksa pakkiau 36 waktu matapelajaran Pendidikan Islam. Nak buat macam mana dah tanggun gjawab GPI satu orang. Terpaksa la saya pikul. Di Tundun dulu ok la sebab kelas tahun 2 dan 3, serta 4 dan 5 bergabung. Tapi di sini dipecahkan 6 kelas ikut norma biasa. Mass di Sukau pulak hanya mengajar 19 waktu sahaja. Itu pun 9 waktu di Pra Sekolah Kelas Waja, Wira dan Satria. Hmm seronok jugak bial terkenang mengajar di Pra sekolah. Main ngan budak-budak ja. He2. Saya dah pindah ke Ldg Bode Kretam ni, mungkin Cikgu Jainon, Cikgu Syarifah yang ngajar Pendidikan Islam di kelas Pra SK Sukau.
Setelah berkhidmat di 3 buah sekolah yang berlainan latar belakang, budaya, sosio ekonomi, dan sebagainya mungkin dapat memajukan lagi kerjaya saya dalam bidang pendidikan. Pengalaman yang saya perolehi mungkin dapat dijadikan panduan dan pedoman untuk hari-hari mendatang. Saya sendiri dapat rasakan kematangan dalam P&P saya di kelas untuk memahami dan berusaha menjadi Guru Pendidikan Islam yang berjaya melahirkan murid dan pelajar yang berilmu, berakidah, beramal dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Bahagian Pendidikan Islam, KPM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ok lah... pindah dok dekat ngan anak bini...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustadz...
ReplyDeleteGembira rasanya dengar kabar ttg SK. Ladang Bode Kretam. Dulu saya pernah sekolah dsna, tapi baru Darjah 5 saya pindah ke Indonesia. Rindu rasanya ma cikgu" disana ;)