15 August 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK SUKAU 2009









TANGGAL 07-09 OGOS SK SUKAU TELAH MENHANJURKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BERTEMPAT PADANG SK SUKAU, KINABATANGAN. UNIT YANG TERLIBAT IALAH:










1) KADET REMAJA SEKOLAH





2) ST. JOHNS





3) PUTERI ISLAM





4) PENGAKAP










01 May 2009

Imam Ahmad Sakit


Imam Ahmad (kiri) , imam Kg. Tundun Bohangin tidak berapa sihat kebelakangan ini. Sekarang dia berada di Kg. Sri Ganda. Sama-samalah berdoa agar beliau segera sembuh.

Sejarah SK. Tundun Bohangin, Kinabatangan

Pada tahun 1960 O.T. Kampung Encik O.T. Sugong Brahim telah bermesyuarat dengan masyarakat kampung dan bersetuju mendirikan sekolah di Kampung Tundun Bohangin. Cadangan ini dikemukan kepada :
i.OKK Ogi selaku Panglima Kinabatangan merangkap supervisor sekolah ketika itu bertempat di Sukau.
ii.Tuan Keladius selaku D.O. Lamag
iii.Cikgu Hasim Putra sebagai Pegawai Pelajaran Sandakan

Permohonan dipersetujui dengan beberapa syarat dan diterima oleh kedua-dua belah pihak.
Bangunan sekolah-bangunan, meja dan kerusi disediakan oleh masyarakat kampung
Bahan panduan mengajar termasuk teks-disediakan oleh Pejabat Pelajaran
Gaji guru-separuh dibiayai oleh kerajaan dan separuh lagi dibayar oleh ibu bapa:
Syarat ini berkuat-kuasa selama dua tahun
Pada bulan April 1960, penduduk kampung bergotong-royong diketuai oleh O.T. kampung En. O.T. Sugong Brahim membina bangunan sekolah dan rumah guru.
Pada 4hb. Januari 1961 terbinalah sekolah atap yang berlantaikan tanah dan berdindingkan kajang nipah dan diberi nama N.V.S. Tundun Bohangin.
Guru Besar Pertama- En. Mahmud Bin OKK Ugi
Bilangan murid-36 orang ( 31 murid lelaki, 5 murid perempuan)
Bilangan kelas-1 sahaja

Pada bulan Julai 1961
Bilngan kelas-2 sahaja
Pada Jun 1962

Bilangan murid-25 orang
Bilangan kelas-2 sahaja

Pada tahun 1963
Bilangan murid 33 orang
Bilangan kelas-2 sahaja

Pada 13hb. Februari 1965
N.V.S. Tundun Bohangin telah roboh akibat angin kencang. Rumah En. Ahmad O.T. Sugong telah digunakan untuk sementara waktu sebagai sekolah dan rumah guru.

Julai 1965
Terbinalah bangunan baru dengan sebuah kelas dan sebuah bilik guru.
N.V.S. Tundun Bohangin telah ditukarkan dengan nama S.R.K. Tundun Bohangin dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Sandakan.
Bilangan murid-61 orang
Bilangan guru-3 orang
Bilangan kelas-5 kelas ( i,ii,iii,iv dan v )
Pada tahun 1980
Pembinaan sekolah baru dibiyai oleh Bank Dunia bernilai RM200,000.
Bangunan-1unit
Bilangan kelas-3 bilik
-1 bilik serbaguna
-1 bilik guru
-1 bilik guru besar
Pembinaan tapak baru
En. Pulok Bin Asmat telah menyerahkan tanah seluas 5.5 ekar untuk dijadikan tapak pembangunan sekolah. Tapak baru ini di Kulamba Besar Tundun Bohangin yang sebelumnya berada di Kampung Tengah Tundun Bohangin.
Pada tahun 1981, bangunan sekolah dan 2 unit rumah guru telah siap dibina dan murid berpindah pada 2hb. September 1982.
Pada tahun 2003
Projek menaik taraf sekolah telah dilaksanakan dan hasilnya sebuah bangunan konkrit yang mempunyai 6 kelas.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNDUN BOHANGIN
1) En. Mahmud Bin Okk Ugi : 1961-1963
2) En. Bayani Bin Yussof : Januari 1963-Jun 1963
3) Cik Agness U. Bte Hugok : 1963
4) En. Dossek P. Kula : 6.7.1963- Desember 1963
5) En. Muhd. Teri Bin Lajim : 9.9.1964
6) En. Joseph@ Hussein Sigawin : 1965-1967
7) En. Bandar Bin Buka buka : 1968
8) En. Mahmud Bin Okk Ugi : 1969
9) En. Yussof Bin Alawangsa : 1970-1971
10) En. Joseph @ Hussein Sigawin : 1972-1975
11) En. Matussin Bin Anggip : 1975-Januari 1976
12) En. Aziz Satar Bin Sungkiat : 1976-1988
13) En. Adiah Bin Junang : 1988-1997
14) En. Jahrin Bin Nasrin : 1997- sekarang

DARUL KRONI

Ni gambar sebahagian ahli Darul Kroni . Ditubuhkan pada awal 2005. Semua ahli ustaz2 daerah Kinabatangan yang di posting jauh pedalaman Kinabatangan. Sekarang telah dibubarkan. sebab rumah Darul Kroni dah tiada lagi. Masing-masing dah bawa haluan masing2. 3 orang dah balik semenanjung.. dah kawin .. sekarang rumah kontena di Taman Imam dah tiada lagi..diruntuhkan dan jadi sebahagian rumah seorang sahabat..






17 April 2009

Ahmad Fikruzzahid

Alhamdulillah, tanggal 20 Mac 2009, aku telah mendapat zuriat lelaki sulung di beri nama Ahmad Fikruzzahid. Moga bayiku ini selamat dan sehat hendaknya. Di lahirkan di hospital Kinabatangan. Alangkah gembiranya hatiku. Penantian selama 40 minggu atau 10 bulan berakhir dengan selamat. nasib baik kedua orang tua ku dari Pahang datang ke Sabah untuk jaga isteri dan anakku. tanggal 8 April aku hantar anak, isteri dan orang tua ku ke Pahang. Sekarang jadi `bujang-bujang` kat Sabah atau Tundun ni. Ni dok sibuk mengajar la ...apa lagi.

31 January 2009

SK. TUNDUN BOHANGIN (BLOK LAMA)






KERANDA USUNG MAYAT KG. TUNDUN BOHANGIN

Apabila berlaku suatu kematian di Kg. Tundun Bohangin, maka akan berkumpul orang kampong di rumah si mati. Mereka yang sedang berusaha seperti menarik udang, memukat dan menyelambau pun turut pulang dan sama-sama menziarahi keluarga si mati. Tujuan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengurangkan kesedihan pihak yang kehilangan ahli keluarga.
Bagi mereka yang pandai mengaji al-Quran, mereka akan turut sama-sama membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk di sedekah pada arwah si mati. Bagi yang tidak pandai, maka mereka akan berkumpul di luar rumah. Menariknya kalau di semenajung, tempat mengangkat mayat ke kubur kebanyakkannya sekarang di buat dari bahan seperti aluminium dan besi. Tetapi di Kg. Tundun Bohangin, membuat alat pengangkut mayat ke kubur adalah dari buluh.
Belia-belia akan mencari buluh dengan segera. Kemudian mereka akan tolong-menolong menyiapkan alat tersebut secara gotong-royong. Apabila mayat telah dimandikan dan disembahyangkan, satu tilam akan diletak dalam alat tersebut untuk simati. Kemudian ramai-ramai akan mengiringi jenazah ke kuburan.
Pernah aku bertanya orang kampong, “kenapa tak beli saja keranda pengangkut yang telah siap, dan tak perlu lagi setiap kali berlaku kematian, kena gotong royong buat alat tersebut?”….
Jawapan yang dibagi pada aku ialah, “bukan apa ustaz..biarlah begini. Bagus jugak bah. Ada jugak kerja kami. Kalau indak datang ziarah indak da kerja pula..kurang-kurang dapat jugak pahala ..”

30 January 2009

Jeti Sg. Bendera nak ke Kg. Tundun



Inilah jeti di Ladang Sg. Bendera. Kalau koi masuk ke Tundun ikut Lahad Datu.. koi akan menempuh perjalanan sekurang-kurang 2 jam ngan Dmax Cikgu Harun, pastu kena pi kat jeti ni la.. untuk ke kg Tundun. Memang agak daif sebab takda sangat orang yang guna jeti ni. Perjalanan dengan bot ke Kg. Tundun pulak ambil masa setengah jam..kalau ramai parah la sikit. Boleh jadi sejam. Apa pun bergantung pada enjin jugak..enjin 15HP laju kalau 2 orang. Tapi kalai ramai jadi sejam lebih jugak. Campur lagi ada rosak2 pulak..Cabaran sentiasa ada..biasala tuhh......

Kanang-kanangan bah....



Gambar ini dirakam ketika lawatan/rombongan dari Sektor Pengurusan Akademik JPN Sabah ke SK. Tundun Bohangin pada Januari 2006. Kelihatan Ketua Kampung Tundun Bohangin En. Pulok Bin Asmat (tiga dari kanan), PPD Tn. Hj. Mordin (dua dari kiri), Timb. Pengarah SPA En. Syafii Mat Zain (tiga dari kiri) dan Guru Besar SK. Tundun Bohangin En. Jahrin Nasrin ( dua dari kiri). Penulis paling kiri di barisan tengah.

Pengalaman Ngeri..

baru-baru ni tanggal 27 haribulan , koi, dan 2 lagi cikgu naik bot ke kampung dengan Cikgu Mahalil.Oinna,... bahaya. Jam 3.30 ptg baru kami bertolak dari bandar Sandakan.. Sampai Kg. Abai malam sudah bah.. dalam pada itu kami sempat jugak merakam aksi2 monyet belanda dekat2 nak sampai Kg. Abai..

Selepas dari Kg. Abai terpaksa menyuluh ke depan supaya Cikgu mahalil senang nak bawa bot.. 2 kali terlanggar batang kayu. alhamdulillh tak jadi apa2. Kalau karam memang mengerikan dan trauma..itulah adat guru pedalaman..

Kedatangan Guru Baru

alhamdulillah..setelah sekian lama guru di SK. Tundun Bohangin tidak mencukupi, maka baru-baru ini telah datang guru baru 3 orang menjadikan jumlah guru sekarang 8 orang. Mereka ialah Cikgu Najib Sebardi dari Johor opsyen Matematik, Cikgu Tahir Bin Sudding dari Tawau opsyen Matematik dan Cikgu Faizal Abd. Rahman dari Terengganu opsyen Pra Sekolah.

Bukan apa, dengan kedatangan guru baru maka dapatlah mengurangkan beban guru-guru sedia ada. Macam koi sebelum ni kena mengajar subjek Sains dan Bahasa Inggeris. Berat juga sebab bukan opsyen dan kurang mahir sangat. Sekarang ok la sikit.. Moga pada masa depan akan bermbah lagi guru-guru di SK. Tundun Bohangin ini.

28 January 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum.. salam perkenalan. Selamat berkunjung ke blog Ustaz Fairul. Tidaklah seberapa tetapi memadailah bagi saya yang baru belajar bah.. Sudah 4 tahun lebih saya berkhidmat di bumi Sabah ini. Untuk perkenalan lebih lanjut jangan berhenti setakat ini. Silalah baca artikel, keratan seterusnya.