01 May 2009

Sejarah SK. Tundun Bohangin, Kinabatangan

Pada tahun 1960 O.T. Kampung Encik O.T. Sugong Brahim telah bermesyuarat dengan masyarakat kampung dan bersetuju mendirikan sekolah di Kampung Tundun Bohangin. Cadangan ini dikemukan kepada :
i.OKK Ogi selaku Panglima Kinabatangan merangkap supervisor sekolah ketika itu bertempat di Sukau.
ii.Tuan Keladius selaku D.O. Lamag
iii.Cikgu Hasim Putra sebagai Pegawai Pelajaran Sandakan

Permohonan dipersetujui dengan beberapa syarat dan diterima oleh kedua-dua belah pihak.
Bangunan sekolah-bangunan, meja dan kerusi disediakan oleh masyarakat kampung
Bahan panduan mengajar termasuk teks-disediakan oleh Pejabat Pelajaran
Gaji guru-separuh dibiayai oleh kerajaan dan separuh lagi dibayar oleh ibu bapa:
Syarat ini berkuat-kuasa selama dua tahun
Pada bulan April 1960, penduduk kampung bergotong-royong diketuai oleh O.T. kampung En. O.T. Sugong Brahim membina bangunan sekolah dan rumah guru.
Pada 4hb. Januari 1961 terbinalah sekolah atap yang berlantaikan tanah dan berdindingkan kajang nipah dan diberi nama N.V.S. Tundun Bohangin.
Guru Besar Pertama- En. Mahmud Bin OKK Ugi
Bilangan murid-36 orang ( 31 murid lelaki, 5 murid perempuan)
Bilangan kelas-1 sahaja

Pada bulan Julai 1961
Bilngan kelas-2 sahaja
Pada Jun 1962

Bilangan murid-25 orang
Bilangan kelas-2 sahaja

Pada tahun 1963
Bilangan murid 33 orang
Bilangan kelas-2 sahaja

Pada 13hb. Februari 1965
N.V.S. Tundun Bohangin telah roboh akibat angin kencang. Rumah En. Ahmad O.T. Sugong telah digunakan untuk sementara waktu sebagai sekolah dan rumah guru.

Julai 1965
Terbinalah bangunan baru dengan sebuah kelas dan sebuah bilik guru.
N.V.S. Tundun Bohangin telah ditukarkan dengan nama S.R.K. Tundun Bohangin dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Sandakan.
Bilangan murid-61 orang
Bilangan guru-3 orang
Bilangan kelas-5 kelas ( i,ii,iii,iv dan v )
Pada tahun 1980
Pembinaan sekolah baru dibiyai oleh Bank Dunia bernilai RM200,000.
Bangunan-1unit
Bilangan kelas-3 bilik
-1 bilik serbaguna
-1 bilik guru
-1 bilik guru besar
Pembinaan tapak baru
En. Pulok Bin Asmat telah menyerahkan tanah seluas 5.5 ekar untuk dijadikan tapak pembangunan sekolah. Tapak baru ini di Kulamba Besar Tundun Bohangin yang sebelumnya berada di Kampung Tengah Tundun Bohangin.
Pada tahun 1981, bangunan sekolah dan 2 unit rumah guru telah siap dibina dan murid berpindah pada 2hb. September 1982.
Pada tahun 2003
Projek menaik taraf sekolah telah dilaksanakan dan hasilnya sebuah bangunan konkrit yang mempunyai 6 kelas.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN TUNDUN BOHANGIN
1) En. Mahmud Bin Okk Ugi : 1961-1963
2) En. Bayani Bin Yussof : Januari 1963-Jun 1963
3) Cik Agness U. Bte Hugok : 1963
4) En. Dossek P. Kula : 6.7.1963- Desember 1963
5) En. Muhd. Teri Bin Lajim : 9.9.1964
6) En. Joseph@ Hussein Sigawin : 1965-1967
7) En. Bandar Bin Buka buka : 1968
8) En. Mahmud Bin Okk Ugi : 1969
9) En. Yussof Bin Alawangsa : 1970-1971
10) En. Joseph @ Hussein Sigawin : 1972-1975
11) En. Matussin Bin Anggip : 1975-Januari 1976
12) En. Aziz Satar Bin Sungkiat : 1976-1988
13) En. Adiah Bin Junang : 1988-1997
14) En. Jahrin Bin Nasrin : 1997- sekarang

11 comments:

  1. Seorang lagi guru yg pernah berkhidmat di Sekolah Tersebut ialah Pn. Sabariah Bt Hj. Sugong iaitu Anak Bongsu daripada O.T Sugong Berahim Sendiri.. Beliau juga anak jati Kg. Tundun Bohangin juga Ibu kepada saya sendiri...

    ReplyDelete
  2. ya ka..terima kasih atas maklumat anda itu.ada idea boleh kongsikan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikun syeikh,apa cerita Kinabatangan?

    http//:jawionline.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Aslkm,rindu benar kat Sklh lama ku ( Sk Tundun )..

    ReplyDelete
  5. Salam saya adalah kakitangan kontraktor yang terlibat dalam kerj pembinaan solar hibrid di sekolah ustaz..thanks sebab ada jgk maklumat tentang sekolah

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas ihsan Ustaz membuat catatan sejarah ini. Saya ialah anak sulung Allahyarham Hj. Ahmad bin Hj. Sogong, iaitu cucunda kepada Pengasas sekolah tersebut. Saya juga pelajar pertama sekolah itu. Apabila bangunan pertama tu roboh, ayah kami bermurah hati dan rumah kami dijadikan bangunan sekolah, dan ayah saya membawa kami berpindah rumah, sebuah pondok kecil tepi bukit, sehinggalah bangunan sekolah baru siap dibina berhampiran sekolah yg roboh. Sedih bila terkenngkan ...saya juga pernah mengajar di sekolah tersebut selepas keluar maktab. teruskan Ustaz.. usaha yang baik. Wssalam.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih.. sejarah mengajar kita erti bersyukur. Moga usaha dan pengorbanan orang-orang tua dahulu membangunkan sekolah mencurahkan bakti untuk kejayaan anak cucu dirahmati Allah dan dikira amal jariah berkekalan sehingga Hari Qiamat. Jazakumullahu khairan kathira..

    ReplyDelete
  8. usaha lagi... tambahkan lagi maklumat... aku suka nie blog.. daripada Mohd Fadzrul Nizam bin Junaib bin Hj Ahmad bin Hj Ahmad bin Hj Sogong Bin Brahim.

    ReplyDelete
  9. salam..sya adk apai..tema kasi dgn maklumat ni n boleh dikongsi oleh rmai org..

    ReplyDelete
  10. salam ustaz senaraikan para ustaz yang pernah mengajar di sk tundun bohangin.
    daripada
    sahabat orang kaya ladang.bode

    ReplyDelete
  11. nama murid sk tundun bohangin pada tahun 1989-1995
    1)Aidah Hamzah
    2)Azman Philip
    3) Azmy Philip
    4)Bohary Anjam
    5)Hasniddin Jamaludin
    6)Kardisah Mustapa
    7)Karsiah Mustapa
    8)Mamangku Adha Japarsah
    9)Mahmud Pulok
    10)Normin Musbak
    11)Nasiruddin Hamid
    12)Raini Junaini
    nama-nama guru yang mengajar
    Adiah Junang,Mahalil Habibun,Fikri Junoh,Mustapanius,Salmiah,Ibrahim Mastar

    ReplyDelete

Ulasan pembaca;