15 March 2017

MSSD Cameron Highlands 2017

Alhamdulillah pada thun ini aku terlibat sebagai hakim penamat pada kejohanan sukan Padang Dan Balapan MSSD Cameron Highlands tahun 2017. Tarikhnya pada 14 hingga 17 Mac 2017 bertempat di Padang Awam MDCH Tanah Rata. Semoga pengalaman ini membantu aku dalam kerjaya guru setelah 13 tahun menjadi guru ini kali pertama terlibat secara langsung dengan kejohanan MSSD Daerah.








19 September 2016

Konvokesyen KUIS 2016

Tanggal 12 Ogos 2016 aku telah bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Konvokesyen adik aku Farhana yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dan Multimedia Dengan Kepujian. Aku naik bas dari Tanah Rata dengan menaiki bas CS Travel jam 8.30 pagi dan sampai KL Sentral 1.00 tengahari.

Pada malam itu aku tidur di Nilai Hotel. Keesokkan hari 13 Ogos 2016 barulah aku ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di Bandar Seri Putra bagi meraikan kejayaan adik aku ni. Aku masuk dewan dengan mak aku. Arwah ayah sempat juga masuk dewan untuk majlis Konvokesyen adik aku masa tamat diploma tahun 2012 dahulu. Al Fatihah untuk arwah ayah. Semoga adik terus cemerlang lepas ni.


27 October 2015

Kenangan Pasti Kinabatangan Bukit Garam 2012


Gambar di atas dirakamkan pada tahun 2012 di Pasti Kinabatangan. Bergambar kenangan sempena perpindahan Ustaz Karimie (baju biru terang di tengah) ke negeri Kedah Darul Aman.

Hari ini (2015) seramai 15 orang ustaz-ustaz dalam gambar tersebut sudah berpindah balik ke Semenanjung sejak 2012-2015.

20 August 2015

OUM, Hotel Chekkedinn dan Restoren China Muslim- Ipoh

Alhamdulillah tanggal 20 hb Ogos 2015 aku selesai menduduki Peperiksaan Semester Mei 2015 di OUM Greenhill Ipoh. Peperiksaan berlangsung selama 3 hari bermula:

18 Ogos 2015: Sejarah Keilmuan Dan Intelektual Islam
19 Ogos 2015: Methodogi Dakwah
20 Ogos 2015: Undang-Undang Dan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Kesemua kertas aku duduki di Greenhill Ipoh. Peperiksaan bermula dari jam 9am dan berakhir 12pm. Kereta aku parking dekat Pasaraya 2 Ringgit dan kena caj 3 hinggit.Sepanjang 3 hari ni aku bermalam di Hotel Chekkedinn di Medan Station, Ipoh berhampiran Pasaraya Tesco. Bagus Hotel ni kerana bilik aku menyewa hanya berharga RM38. Rupa-rupanya harga tersebut adalah pada hari bekerja. Jika hari Sabtu dan Ahad harganya berubah menjadi RM60.

Selesai Kertas Undang-Undang, rakan-rakan dari Ipoh ajak makan di Restoren China Muslim. Restoren ni kepunyaan Hj Shahrin Low. Kami semua menempah menu yang sama iaitu nasi putih dan sup kambing serta teh tanpa gula. Ustaz Man pula belanja 1 set itik goreng. Alhamdulillah, peperiksaan susah selesai. Jumpa sem September depan pulak InsyaAllah.


Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Cawangan Greenhill Ipoh


Hotel Chekedinn Medan Station Ipoh tempat menginap dari 18 hingga 20 Ogos 2015


Menikmati makanan Cina Muslim di Restoren China Muslim Greenhill Ipoh








24 May 2015

"Dari Underdog Ke Juara" Ping Pong Cameron Highlands 2015



Tanggal 23 Mei 2015, Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highalnds telah mengadakan Pertandingan Ping Pong Tertutup Sempena Sambutan hari Guru 2015 bertempat di Dewan Besar SMK Sultan Ahmad Shah Tanah Rata.

Aku telah mendaftarkan diri terlebih awal. Pada mulanya malas juga nak masuk. Yuran penyertaan sebanyak RM 10 sahaja.

Pada pagi Sabtu aku pun pergi ke Dewan SMKSAS. Peserta seramai 16 orang akan berentap. Aku bukan faham sangat tentang jadual perlawanan. Yang aku faham semasa pertandingan single aku kalah perlawanan pertama menentang Cikgu Fauzi PKG dengan kekalahan 3-0 (Perlawanan boleh sampai hingga 5 kali) Seterusnya aku telah masuk ke group yang kalah.



Dalam group kalah aku lawan pula dengan Cikgu dari SK Lemoi. Kalah juga 3-0. Lalu aku pun berehat panjang sementara menunggu perlawanan double.

Cabutan undian Group Double menyaksikan aku bergandingan dengan Tn. Norazman PPD. Perlawanan pertama menyaksikan kekalahan menentang beregu Wan Syafik Lemoi dan Tn. Ghazali PPD. Sekali lagi aku turun ke group yang kalah.

Perlawanan kedua kami bertemu dengan beregu En. Di dan Syafik SK Lemoi. Kami menang dengan 3-1. Seterusnya beregu aku dan Tn Norazman PPD berjaya mengalahkan beregu Wan Syafik dan Tn Ghazali PPD. Tadi depa menang sekarang sepa kalah pulak.

Mara seterusnya kami berjaya pula menewaskan beregu Cikgu Humaizi SMK SAS dan Cikgu Leman SK Menson. Perlawanan sangat sengit sehingga kami menang 3-1. Yang terakhir beregu aku berjaya mengalahkan beregu Fauzi SMK SAS dan Cikgu Fauzi PKG dalam perlawanan yang macam Final gayanya. Kami main hingga 5 kali dan menang dengan 3-2.

Akhirnya perlawanan akhir menyaksikan beregu aku dan Tn Norazman PPD menentang Cikgu Hayazi dan Cikgu Hussin keduanya dari SMK SAS. Kami tewas teruk dengan kekalahan 3-0. Apapun aku bersyukur kerana berjaya mendapat Naib Johan PingPong Hari Guru 2015.


                                     Gambar atas: Sebelum perlawanan akhir berlangsung

Tiga kekalahan awal rupanya tidak mematahkan semangat aku untuk terus berjuang. Terima kasih Tn Norazman kerana banyak memberi motivasi dan tunjuk ajar sepanjang pertandingan. Kepada rakan-rakan yang kalah boleh cuba lagi tahun hadapan. "Dari Underdog Ke Juara"

        Gambar bawah: Juara dan Naib Juara PingPong Hari Guru PPD Cameron Highlands 2015

Juara Dan Naib Juara Ping Pong Single 2015


23 March 2015

Projek Prima Tanah Rata

Projek Perumahan Prima Tanah Rata sedang rancak berjalan. Alhamdulillah aku tergolong dikalangan mereka yang membeli rumah Prima tersebut. Mungkin lama lagi tinggal di Tanah Rata Cameron Highlands....? Mungkin.

01 October 2014

Staff SK Brinchang Cameron HIghlands 2014


Gambar di atas ialah gambar guru-guru dan staff bukan guru SK Brinchang Cameron Highlands bagi tahun 2014. Cuma gambar Ustaz Khairul itu adalah guru dari SK Kg Raja yang melakukan praktikal NPQEL di SK Brinchang.