28 September 2014

Dari Tapah Ke Tanah Rata

Alhamdulillah semakin hari semakin dapat menyesuaikan diri hidup di Tanah Bukit Peranginan Cameron Highlands ni. Masa awal-awal dahulu memang tak tahan dengan cuaca sejuk. Tambahan pula sewa rumah di Puncak Arabella Tanah Rata agak mahal. RM 1500?!!

Sekarang aku sekeluarga tinggal di Flat Lembah Jasar Tanah Rata. Sewa bulanan lebih murah RM 700 sebulan. Cuma masalah parking kereta sahaja yang menjadi masalah. Tapi bagi aku masalah parking ni bukan aku saja yang mendepaninya. Pelancong pun lagi banyak masalah tentamh parking.

Selama 9 bulan tinggal di Tanah Rata hanya kereta sahaja yang menjadi kenderaan rasmi aku. Kalau tidak pun jalan kaki. Bukan jauh sangat pun nak pergi Tanah Rata. Jalan saja yang tak rata.

Aku ambil keputusan untuk pos motorsikal Demak Evo aku yang hanya tersadai di Temerloh. Bersawang lagi. Upah pos saja dari Temerloh ke Tapah RM 187.00. Tiada perkhidmatan pos motorsikal sampai Cameron Highlands. Koi lemah betoi tapi apakan daya. Koi terpaksa juga pos. Memang sekali sekala guna jugak motor ni kat atas bukit ni.

Rupa-rupanya sehari saja motor aku dah sampai Tapah. Cuti  sekolah berbaki 5 hari lagi. Bukak sekolah nanti la awok ambik motor tu. Bila bukak sekolah awok pun dah pasang niat macam mana cara nak ambik motor tu dari Tapah. Cakap Perak la pulak.

Antara cadangan awok sewa Frontier kawan boh atas belakang. Tapi idea awok paling bernas ialah bawak sendiri motor dari Tapah. Tanggal 24.9.2014 kkoi turun dari Tanah Rata naik teksi. Laju teksi tu bawak.. Jam 4 petang koi sampai Tapah.

Agak malang koi salah masuk Pejabat Pos. Koi sepatutnya pergi Pejabat Pos Laju. Awok tak kabor lalu ke koi. Tak pasai-pasai sewa teksi RM 7 pulak ke Pusat Pos Laju dekat Pasaraya TF Tapah. Tadi turun teksi dah balun RM 100. Moga-moga bajet 2015 nanti kerajaan tak bagi keistimewaan pada teksi-teksi ni. He2

Dapat ja motor yang koi beli kat Sandakan Sabah tahun 2008 flat SS......L koi pun isi minyak dan tambah angin. Dah lama tak bawak motor jauh-jauh ni. Rasanya last bawak jauh ulang alik dari Pekan Kinabatangan ke SK . Sukau yang mengambil jarak 104 kilometer dua hala.

Apapun koi tekad kena bawak juga motor ni sampai ke Tanah Rata. Koi bawak perlahan-lahan ja. Nasib baik sepanjang perjalan cuaca panas molek dan jalan tidak licin. Sebab 2,3 hari sebelum tu hujan agak lebat jugak.

Koi tak berhenti mana-mana tempat sepanjang perjalanan. Tambahan pulak ada cerita dari kawan melalui Facebook harimah ada dijumpai kelibatnya di KM 25 jalan Tapah-Tanah Rata. Lagi bagus koi tak berhenti dokk.

Sampai masuk kawasan Ringlet ( Pahang ) baju jaket dah mampu nak menahan rupanya. SEjuk kaki tangan. Kebas tangan koi. Patut bikers2 motor naik Cameron pakai tutup sakan. Koi ingat aksesori ja. Tapi koi respek orang putih seluar pendek ngan T shirt ja potong motor koi dengan kapcai yang depa sewa.

Singgah solat Asar di Petronas Ringlet jam menunjukkan Jam 6 petang. Maknanya koi memandu selama 1 jam setengah saja dari Tapah ke Ringlet. Laju kan.. Makmum yang ikut aku solat mintak tolong hantar dia ke kedai pomen kereta. Aku ok saja. Sebelum tu dia bawa aku minum di warong melayu kat Ringlet tu. Sedap juga pekena Kuey Tiaww Goreng Telor Mata. Terima kasih pada brother tu belanja aku yang memang lapar. Brother tu kerja di Empangan TM Salini.

Aku meneruskan perjalan dari Ringlet ke Tanah Rata. Memang sejuk menjadi cabaran utama. Perghhh.. apa pun alhamdulillah syukur kepada Allah Taala aku selamat sampai ke rumah disambut isteri tercinta yang cantik berseri dan keriangan anak-anak.

Keesokkannya keluar berita juga pasal jalan Tapah ke Tanah Rata...Allahul Musta`an... Takziah kepada mereka yang terlibat.

KERETA TERBABAS KE GAUNG DAN TERBAKAR di Jalan Tapah - Cameron Highlands pada pukul 6.17 pagi semalam. Mangsa 3 orang warga Pakistan dan salah seorangnya maut di tempat kejadian akibat kebakaran yang berlaku.
Pasukan bomba BBP Cameron Highlands telah melakukn kerja kerja pemadaman serta mengeluarkan mangsa yang mati terbakar. Mangsa berada lebih kurang 3 meter di luar kenderaan yang terbakar. Mangsa cedera berada di atas jalan. Mangsa cedera di hantar ke hospital dengan ambulan.
-JBPM PAHANG